Friday 20 May 2011

JANA LAH PENDAPATAN SAMPINGAN ANDA

                          JANALAH PENDAPATAN SAMPINGAN ANDA DENGAN MENTERNAK
    
          Ramai orang berfikir dengan hanya duduk diam mereka boleh meraih pendapatan lumayan.Sebenarnya perkara itu adalah mustahil kerana hasil yang lumayan tidak akan datang begitu sahaja.jangan lah berharap agar yang bulat akan datang bergolek dan yang pipih akan datang melayang. tanpa sebarang usaha yang bersungguh-sungguh.Apa yang saya ingin berkongsi dengan anda adalah cara bagaimana untuk memperolehi pendapatan sampingan dengan bermodalkan sedikit wang anda.Kerja ini boleh  melakukan selepas waktu kerja juga menjadikan ianya sebagai hobi yang menguntungkan.Jadi ambil sedikit masa sedikit untuk belajar bagaimana caranya untuk menjana pendapatan sampingan.disini saya ingin berkongsi pengalaman menjana pendapaian sampingan dengan menternak…ternakan yang dicadangkan adalah penternakan kambing kampong.kambing kampong dipilih sebagai haiwan ternakan kerana ianya mudah dijaga dan mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi berbanding dengan kambing jenis lain.pembiakan yang cepat dan mempunyai pasaran yang baik..kambing jenis ini juga mudah di ubati tidak perlu berbelanja beribu-ribu RM untuk diubati jika di serang penyakit ia boleh dirawat dengan ubatan tradisional berasaskan barangan dapur anda sahaja…..mudahkan.

      Ingatlah bahawa ternakan juga adalah pelaburan,…selamat mencuba,

1 comment:

  1. Assalamualaikum..

    Selamat menternak..kandang di Keratong ke nih?kandang zali ke nih..nampak macam kenal,tapi takut salah pulak..hehe

    ReplyDelete