Friday 20 May 2011

JANA LAH PENDAPATAN SAMPINGAN ANDA

                          JANALAH PENDAPATAN SAMPINGAN ANDA DENGAN MENTERNAK
    
          Ramai orang berfikir dengan hanya duduk diam mereka boleh meraih pendapatan lumayan.Sebenarnya perkara itu adalah mustahil kerana hasil yang lumayan tidak akan datang begitu sahaja.jangan lah berharap agar yang bulat akan datang bergolek dan yang pipih akan datang melayang. tanpa sebarang usaha yang bersungguh-sungguh.Apa yang saya ingin berkongsi dengan anda adalah cara bagaimana untuk memperolehi pendapatan sampingan dengan bermodalkan sedikit wang anda.Kerja ini boleh  melakukan selepas waktu kerja juga menjadikan ianya sebagai hobi yang menguntungkan.Jadi ambil sedikit masa sedikit untuk belajar bagaimana caranya untuk menjana pendapatan sampingan.disini saya ingin berkongsi pengalaman menjana pendapaian sampingan dengan menternak…ternakan yang dicadangkan adalah penternakan kambing kampong.kambing kampong dipilih sebagai haiwan ternakan kerana ianya mudah dijaga dan mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi berbanding dengan kambing jenis lain.pembiakan yang cepat dan mempunyai pasaran yang baik..kambing jenis ini juga mudah di ubati tidak perlu berbelanja beribu-ribu RM untuk diubati jika di serang penyakit ia boleh dirawat dengan ubatan tradisional berasaskan barangan dapur anda sahaja…..mudahkan.

      Ingatlah bahawa ternakan juga adalah pelaburan,…selamat mencuba,

Wednesday 18 May 2011

                 MAKLUMAT ASAS TERNAKAN KAMBING
 Kambing hendaklah dipilih dari baka-baka yang baik sebelum membeli untuk diternak, penilaian mestilah dibuat terlebih dahulu.  Penilaian ini perlu dibuat terhadap kambing bagi mendapatkan ciri-ciri yang baik. Ianya boleh  melahirkan anak-anak yang sihat, cepat membesar, mengeluarkan susu yang banyak dan mempunyai ketahanan terhadap cuaca dan penyakit.
Kawasan yang dipilih untuk pemeliharaan kambing mestilah sesuai iaitu redup, di kawasan yang tinggi, jauh dari banjir serta jalanraya yang sibuk dan sebagainya. Terdapat 3 cara pengurusan dalam pemeliharaan kambing iaitu sistem berkurung, separuh berkurung dan ragut lepas Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik
Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing adalah:
Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi.
Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
Tidak terkena angin yang kencang
Terpelihara dari hujan dan panas
Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
Ruang makan dan minum mencukupi
Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau tersepit hingga menyebabkan patah tulang.terutama kaki.
KETINGGIAN KANDANG
Aras/ketinggian sesebuah kandang adalah amat penting sekiranya mendirikan kandang bertingkat. Tinggi yang lebih ideal adalah 5~6 kaki daripda tapak kandang. Ini adalah bagi memudahkan kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan tinja mudah dilakukan.

Tiang kandang hendaklah diperbuat daripada binaan yang kukuh seperti konkrit kerana ianya tahan lebih lama berbanding dengan tiang kayu yang mudah reput dari lantai sehingga kira-kira 4 kaki ke atas boleh dibuat daripada papan, jarak lantai  yang lebih rapat antara 10mm-20mm memudahkan tinja terus jatuh ke bawah lantai, ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.


ubatan Asas Bagi Pejagaan Kambing


1. Prosanex - Ubat Untuk Luka Berulat

Prosanex merupakan ubat luka yang sangat efektif, terutama untuk mengubat luka berulat. Ia adalah semburan aerosol berwarna biru dan sangat mudah digunakan. Keluarkan dan bersihkan dahulu sebarang ulat yang ada di dalam luka ternakan anda. kemudian disembur terus ke tempat luka. Elakkan semburan dari terkena mata, hidung dan mulut ternakan

2. Tetravet - Ubat Puru

Tetravet merupakan semburan berwarna ungu, ubat yang efektif untuk merawat 'puru' yang menyerang mulut ternakan.


3. Vaksin Untuk Pelalian Pneumonia 
(Membantu dalam pencegahan dari gejala pneumonia (pasteurellois), ceret beret (lamb dysentery), kegagalan fungsi buah pinggang (pulpy kidney), tetanus (kancing gigi) dan clostridial metritis (jangkitan melalui tali pusat) dsb.

Nama Vaksin : 
Heptavac-P

Cara-cara penggunaan:
Suntikan ke bawah kulit di bahagian tengkok, diberi kepada kambing berusia 3 minggu dan ke atas.
Dos 1: 2ml untuk setiap ekor kambing
Dos 'Booster' awal: 2 ml diberi 2-3 minggu selepas Dos 1 diberikan
Dos 'Booster' seterusnya : dalam jangkamasa tidak melebihi 12 bulan
4. Dectomax - Ubat cacing

Ubat cacing.
Cara penggunaan: Suntikan ke dalam otot
Nota: boleh diberi kepada induk bunting




5. Cidectin (Pour-On) - Ubat parasit 3-serangkai( cacing/kutu/kurap)

Ubat 3 serangkai jenis sapuan (pour-on) bagi merawat kecacingan, kutu dan kurap pada ternakan. Hanya perlu dilumurkan di atas kulit, iaitu disapu di celah-celah bulu ternakan. Tidak perlu suntikan, ia merupakan alternatif kepada ubat jenis suntikan.


6. SulphaDimidine - ubat coccidiosis (sejenis protozoa)

Ubat untuk coccidiosis, sejenis protozoa yang 'degil' dan sukar dirawat menggunakan ubat cacing biasa. Simptom penyakit ini adalah kambing menjadi tersangat kurus dan badan kelihatan cengkung, tidak pulih walaupun sesudah diberi rawatan terhadap cacing/kutu/kurap beberapa kali. Sulphadimidine adalah ubat cecair oral iaitu diberi minum terus ke dalam mulut haiwan. Ubat ini perlu diberi secara berulang setiap hari untuk tempoh 2 minggu hingga 1 bulan






saya mula menternak kambing sebagai hobi memenuhi masa yang terluang.kemudian hobi ini dikongsi bersama isteri...hobi yang di mula kan sejak 2bln yg lalu kini membuahkan hasil apabila kami mendapat 5ekor anak kambing dalam 1masa.

jadikan ternakan kambing,sebagai hobi di samping menjana pendapatan lumayan.